top of page

#Perjuangan 4

HUDUD/NEGERI ISLAM

PBS

sangat memandang serius terhadap pelaksanaan undang-undang hudud yang telah dibentangkan oleh kerajaan PAS negeri Kelantan di Parlimen. 

Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa pendirian PBS tentang pelaksanaan undang-undang hudud ini ialah sangat jelas untuk tidak bersetuju dilaksanakan kerana negara ini sudah memiliki undang-undang tersendiri yang termaktub daam perlembangaan bagi kes-kes jenayah. 

"Jadi bagi kami jelasah (tidak setuju). Ini memandangkan negara sudah ada akta jenayah yang menyediahkan hukuman setimpa. Tambahan pula, kita lihat sekarang ini banyak negara maju menghapuskan hukuman gantung”.

YB Tan Sri Joseph Pairin
Presiden PBS

Pada 2 Mac 2017 yang lalu, PBS sekali lagi telah mengulangi pendirian mereka untuk menentang pelaksanaan undang-undang hudud yang telah diputuskan semasa Mesyuarat Tertinggi parti dengan pendirian mereka untuk membantah rang undang-undang tersebut kerana sangat bertentangan dengan perlembangaan persekutuan. 

Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

"PBS tidak boleh menyokong rang undang-undang yang bertentangan dengan perlembangaan persekutuan dan beliau percaya pelaksanaan hudud akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam”.

Pemangku Presiden PBS

Bagi membantah undang-undang ini, PBS mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan parti gerakan, MCA dan MIC, serta parti tempatan di Sabah dan Sarawak dan memutuskan pendirian yang sama iaitu tidak menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah bidang kuasa jenayah 1965 Akta 355. Di samping itu, PBS melalui Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili juga akan mengadakan perbincangan sendiri dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperjuangkan isu hudud ini supaya ditelitikan. Hal ini ditambah lagi apabila masyarakat bukan Islam menentang keras cadangan pindaan tersebut kerana kebimbangan mereka apabila ianya diluluskan, ia akan membuka ruang kepada pelaksanaan hukum hudud di negara ini dilaksanakan.

Perjuangan Parti:

bottom of page