top of page

#Perjuangan 6

PEMBANGUNAN SABAH

PBS

juga rancak dalam memastikan pembangunan untuk Sabah dapat dilaksanakan untuk kepentingan negeri ini yang didiami oleh kepelbagaian etnik berbilang kaum. 

Untuk merealisasikan perjuangan ini, PBS sentiasa komited mencari program yang memberikan manfaat untuk pembangunan anak-anak Sabah. PBS akan melipatgandakan usaha dan program pembangunan kerajaan di Sabah. 

Naib Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Radin Malleh menyatakan bahawa kerajaan sentiasa menggalakkan golongan belia untuk menyertai politik agar mereka turut serta dalam proses pembangunan kerajaan dan terbabit dalam pembangunan untuk negeri ini.  

Datuk Seri Panglima Radin Malleh

"Penyertaan belia dalam politik akan menghakis tanggapan umum terhadap generasi muda hari ini yang dikatakan semakin kurang peduli dengan politik sedangkan politik elemen utama dalam proses pembentukan kerajaan di mana-mana negara dunia ini."

Utusan Borneo, 4 April 2017

Naib Presiden PBS

Antara program yang dilaksanakan ialah mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan melaksanakan program menambah keahlian baru daripada golongan muda terus dipergiatkan oleh Pergerakan Pemuda PBS bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti politik negara khususnya di negeri Sabah. Penambahan ahli PBS dalam kalangan belia di negeri ini membuktikan program-program pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh pucuk pimpinan PBS berada dalam landasan yang betul.

Kita menggalakkan golongan muda menyertai parti demi kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan perjuangan PBS di masa hadapan

Datuk Seri Panglima Radin Malleh
Naib Presiden PBS

Di samping itu, program-program yang dilaksanakan ini turut menjadi peluang untuk menjelaskan kepada anak-anak Sabah tentang perjuangan PBS serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

PBS juga sangat memberi perhatian terhadap keperluan pembangunan di negeri ini untuk dilaksanakan demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di Sabah. Contohnya, projek naiktaraf Jalan Binsion-Tumantalik kerana seringkali ditenggelami air banjir yang masih menunggu kelulusan kerajaan negeri. Meskipun pelaksanaannya memerlukan kos yang tinggi, namun kerajaan akan melaksanakannya untuk memastikan anak-anak Sabah turut menikmati arus pembangunan yang ada di negeri ini. Bagi merealisasikan perjuangan ini, Datuk Seri Radin Malleh menyatakan bahawa “Surat susulan memohon kelulusan kerajaan untuk melaksanakan projek itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah pada 3 Januari lepas”. Menteri Pembangunan Infrastruktur menyokong pelaksanaan projek ini. Ternyata, negeri kita tidak ketinggalan dari aspek kestabilan dan kepesatan pembangunan yang diterajui oleh PBS dalam kerajaan Barisan Nasional.

Perjuangan Parti:

bottom of page